Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
11 comments:
kenapa perlukan sebab ek??.. haha.. btol gak cerita ni.. kenapa saya sayang rumah saya.. sebab dia best.. hehe.. xde la..
kalau la mak saya tanya, "kamu sayang mama x?..",
saya jwb "saya sayang mama"..
mama tanya lagi "kenapa sayang mama?"
saya jawab, "sebab mama ialah mama saya"
hehe..
saya rasa lelaki tu patut jawab, "saya sayang awak kerana awak isteri saya.. kalau kerana fizikal atau material, sume itu akan habis.. tapi jikalau kerana kamu isteri saya.. ia takkan pernah habis walaupun kamu mati. kamu tetap adalah isteri saya.. saya mahu ke syurga bersama kamu.. saya sayang kamu.." cakap penuh perasaan sambil cium dahi isteri..
hehe.. saya pulak jadi penulis cerpen.. haha
hehe..
awak mmg ade bkt jd penulis cerpen=)
cinta dari hati...jika hati masih lagi hidup maka cinta masih ada... cinta tak pelukan sebab untuk diungkapkan kerna ia tersimpan didalam, didalam hati!
fur
yup..betol2!
terharu dpt suami yg camni kan.hope tunang sy pun cmni gak :)
sasha
setiap pempuan mesti nk suami yg mcm dlm citer ni..hehe
kat dunia nie bnda yg kita bnci and suka sume ada sbb kan..x mungkin sesuatu perkara berlaku tanpa sbb..
cube ubah sikit cerita ni,, yg laki jadi pompuan, yg pompuan jadi laki.. hehe..
sweet :)
sayang tu xde sebab!
awek saya slalu tanya soalan yg sama. pening nk jawab. -_-!
jgn kate awak encik zack,sy pun slalu tnye bf saye mcm tu..hehe.ok taknak tanya dah.
tadi saya tanya awek saya soklan dalam citer ni...
jawapan dia memang best..
"sebab u adalah Pert Doherty(tapi dia panggil nama betol.. *dirahsiakan* hehe..)"
bestnye.. hehe..
hepi giler.. keh2..
Post a Comment